*Assalamualaikum*
"Wahai Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku."
(Surah Toha,ayat 25)
Nabi Musa a.s memohon bantuan dari Allah SWT agar dilapangkan dadanya sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran Fir'aun. Dengan hati yang lapang, dalam erti kata lain dada yang dipenuhi dengan iman, sabar, taqwa dan berani menghadapi sebarang rintangan, itu sahaja yang akan dapat melaksanakan tugas dakwah yang besar.
*p/s petikan di ambil dari buku Khusyuk Dalam Solat oleh Tuan Guru Nik Aziz
Hampir 20 tahun berlalu,baru faham makna sebenar "lapangkan dadaku." Facepalm. Allahu
------
Bismillah. Esok start kelas untuk semester dua.
Berilah kami kekuatan ya Allah.
Jangan Kau pikul apa yang tidak mampu kami bebani, permudahkanlah ya Allah.
Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu.
Berilah apa yang terbaik untuk kami.
Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan,perkenankanlah.
Para ulama' berkata,"Aku tidak bimbang Tuhan tidak terima doa,yang aku bimbangkan takut kita tidak berdoa."
------
Pasti ada yang kurang.
Syariatullah atau sunnatullah.
Atau kedua-duanya sekali.
Teringat pesanan Umi untuk pujuk hati ni,sewaktu ditimpa musibah di Narita Airport tempoh hari :')
"Sangka baik je dengan Allah. Sebab Dia yang atur semua." - my beloved umi
Rindu dan sayang mereka lillah :') |
1 comment:
<3 <3
Post a Comment