bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Thursday, May 17, 2012

kalau hari2,hari jumaat..

*Assalamualaikum*

okay,dah lama nk post psl nih.keredomo,jikang ga nai T_T


KENAPA SAYA SUKA HARI JUMAAT ???

1) main reason : the next day,CUTI! *yeahhh.suke2
dpt balik rumah,rehat2 sat.berbeza ngan hari isnin,muka lesu tak bermaya = ="

2) time otoko solat jumaat,masa REHAT TGH HARI LAMAAAA
even dulu kt skola ade usrah time ni,tp still dpt lepak lama2 kt meja mkn otoko,tidur kt asrama sat^^

3) hari jumaat = hari lelaki melayu sejati.HAHA
sbb dr kt skolah dulu,time hari jumaat je la otoko pakai baju melayu lengkap bersampin
membayangkn mr hubby pakai baju melayu lengkap time akad nikah,mungkin?

4) dpt lunch yg sempurna : MAKAN NASI (situasi kt AAJ)
since hari2 biasa,rehat tgh hari hanya 1jam,perjalanan balik ke kolej yg b'dekatan/cafe yg berdekatan juga 'sgt dekat',dlm weekdays tu,hari jumaat je la dpt mkn nasi+lauk.hari biasa? biskut oatcrunch,oat,roti koop dan seumpama dgnnya.ALHAMDULILLAH

5) last but not least,hari jumaat tu PENGHULU SEGALA HARI,sayyidul ayyam^^
if dlm japanesse character,hari jumaat pun bermakna,mungkin? *ak rasa+teka je,keke

try usha kanji 1st hari jumaat yg bermaksud emas.perghh,berharga bukan? HAHA
kanji ini juga terdapat pd word 'bank' dlm japanese/chinese
try usha word bank dlm cina.cth : Hong Leong Bank <--- ni je yg ak perasan kt malaysia



***okay,part kt bwh ni kopi pasta dr mr google^^ sila2 la baca if rajin
ANTARA KELEBIHAN HARI JUMAAT :

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
3. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


semoga sama2 dpt merasai kelebihan sayyidul ayyam :D

No comments: