bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Sunday, June 7, 2015

06.06.15

Suka aku coretkan quote seorang sahabat agar aku sentiasa beringat,
"Bilamana kejelasan fikrah hadir dengan memuncak tanpa diimbangi keindahan tazkiyatun nafs, berhati-hatilah anak muda...bukan sedikit yg gugur. Jujurnya aku pernah melalui dilemma ini. Alhamdulilah diselamatkan sebelum aku mengganas sepertimu di alam maya. Diam itu nikmat bagi orang yang pernah banyak cakap."


Isti'jal. Gopoh.

Gopoh. Jiwa anak muda sepertiku.
Alhamdulillah Allah selamatkan aku suatu ketika dahulu melalui teguran seorang senior yang aku hormati, jangan gopoh. Hingga kini melekat dan aku ingat bait teguran beliau.



Ini cabaran generasiku. Cabaran media baru.

Teruskan lazimi al-Kahfi.
Bertegas dengan diri tinggalkan maksiat yang menzalimi diri sendiri.
Taqarrub dengan Allah.
Perkukuhkan tarbiyyah.
Jangan pernah tinggal tazkiyatun nafs.

Sejak akhir-akhir ini, acapkali abah pesan soal tarbiyyah.
Jaga tarbiyyah. Jaga disiplin tarbiyyah.
Perjuangan yang suci perlu penyucian fizikal dan rohani, kata abah.
Menarik untuk dihayati bersama bila bicara soal tarbiyyah iaitu komponen tarbiyyah itu sendiri.
Pertama, tarbiyah dalam memberi kefahaman kepada orang lain. Kedua, tarbiyyah perlu menghayati dan ketiga pula tarbiyyah perlu berjuang. Hadam dan faham, barulah tarbiyyah meresap dalam hati.

Fitnah semakin menggila. Dunia semakin di penghujungnya.
Moga Allah pelihara mereka dan diri yang hina ini di jalan ini. InsyaAllah!



5 comments:

Pencinta Makanan said...

"Diam itu nikmat bagi orang yang banyak cakap."

Saya rasa nantonaku entry ni kena sgt dgn jiwa raga dan situasi saya sekarang. T.T

Pencinta Makanan said...

"Diam itu nikmat bagi orang yang banyak cakap."

Saya rasa nantonaku entry ni kena sgt dgn jiwa raga dan situasi saya sekarang. T.T

asiah maryam said...
This comment has been removed by the author.
irmujahidah said...

Laa tak sempat baca comment asiah huhu

irmujahidah said...

Pencinta mknn byk cakap ke? Bukan byk makan? Hehe