bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Saturday, June 22, 2013

YOGA

*Assalamualaikum*




Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia) 

(al-Anbiya’[21:16])






Alhamdulillah,hari ini genap tiga bulan berada di bumi sakura :) *senyum penuh syukur

Walaupun tidak sampai setengah tahun pun lagi (belum rasa pengalaman daki gunung fuji,naik shinkansen (bullet train),main snowboard)  tetapi sedikit sebanyak dah rasa kepayahan nak menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian,kerinduan tahap kronik dengan keluarga dan rakan.ke'pelik'an/kekaguman/ke'annoying'an dengan budaya masyarakat jepun.

Kalau nak kongsi semua memang payah laa kan?

Mana yang dapat aku kongsikan,aku kongsi untuk sama-sama kita ambil pengajaran.


-----


Umum mengetahui,jepun terkenal dengan budaya tepati masa,disiplin terhadap kebersihan,tak percaya sangat kewujudan Tuhan,kadar bunuh diri yang tinggi......................

Okay,bosan bukan? Benar,tepat tapi cliche dan malas nak kongsi,heh.

Selain perkara yang benar tetapi cliche di atas,ingin aku kongsikan beberapa lagi pengalaman,perkara menarik lagi tertarik untuk dikongsi. Bukan niat untuk show off atau seumpama dengannya,tapi untuk kita reflek sama-sama.

Bayangkan situasi seperti ini di Jepun. Anda sebagai pelanggan membeli di kedai/makan di restoran. Nilai semua barang yang dibeli RM8.99. Anda membayar dengan RM10

Cashier : irrasshaimase. (sambil tunduk dan senyum)
Cashier : (scan harga,lepas tu...) okay,semua sekali RM8.99
Pelanggan : ...(bayar)...
Cashier : Okay,anda bayar RM10.Maka,baki anda RM1.01. Terima kasih. (senyum dan tunduk lagi sekali.)

Dek kerana teliti dan nak sebut sepatah-sepatah nilai yang harus dibayar setiap pelanggan dan baki yang pelanggan akan dapat,waktu puncak seperti tengahari di convenient strore/restoran akan sesak dengan pelanggan yang beratur untuk tunggu giliran bayar.hmmmm

Pelik bukan? Kadang-kadang rasa tak payah nak sebut satu-satu pun takpe,sebab lama juga nak tunggu giliran bayar. Macam kt Malaysia,bukan semua cashier sebut satu-satu nilai baki,senyum terima kasih segala bagai. Jimat banyak masa dah kt situ,haha.


Selain itu,topik perbincangan ilmuwan/fokus perbincangan antara pelajar tentang budaya semasa bergelar student juga satu perkara menarik untuk dikongsi dan difikirkan bersama.

Jepun - antara part-time job dengan belajar? Bagaimana mengurus masa antara kerja sambilan dengan belajar?
Malaysia - antara cinta dan belajar? Bagaimana mengurus perasaan cinta semasa belajar? Kahwin muda atau habiskan belajar? -_-"

Nampak tak perbezaan ketara di situ? senyum puas-puas :)


-----


Semua pelajar tahun satu di University of Yamanashi diwajibkan mendaftar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Universiti lain pun sama juga rasanya.Bagi yang sistem imunisasi lemah seperti aku ni,setelah mengikut keadaan musim dan cuaca 1st sem,aku pilih untuk masuk kelas yoga memandangkan yoga indoor dan tidak berapa menggunakan tenaga yang banyak.

Walaupun semasa di Malaysia pernah terdengar fatwa pengharaman yoga,tapi setelah berbincang dengan rakan dan keluarga,aku pilih juga.

Setelah mengikuti beberapa kali kelas yoga,aku ceritakan pengalaman semasa kelas ni dengan umi. Apa rutin  pergerakan,dan sebagainya. Sejujurnya aku tak minat pun yoga sebab bosan,lemah gemalai,penghayatan makna entah apa-apa yang aku pun tak ambil peduli,simbolik pergerakan yang kadang-kadang tak nampak pun perkaitan dengan maksud yang cuba disampaikan disebalik pergerakan. Walaupun maksud pergerakan tu semua berkaitan alam semula jadi,tetapi tak rasa pun menarik pun untuk dihayati.

Setiap pergerakan tu mesti akan compare dengan solat,dan rasa pergerakan solat lebih baik dan penuh hikmah sebab yakin semua ketetapan Allah ada tujuan,makna tersendiri. Berbanding yoga yang hanyalah senaman tanpa maksud yang significance dan kepentingan.

Tetapi,sungguh. Nasihat dan pesan umi lepas tu buat fikir balik tujuan utama. Bukan tujuan utama belajar yoga,tetapi tujuan utama belajar di bumi asing,tujuan utama hidup sebagai khalifah,hambaNya di bumi.

"Kalau sensei suruh bayangkan alam semulajadi ke,bayangkan benda-benda lain ke,sambil-sambil tu zikir,selawat. Dapat juga pahala. Takde laa habis masa yoga tu fikir macam tu je,bayang,buat pergerakan sia-sia tanpa ingat Allah."

Menarik bukan idea umi? hihi

Sebabkan kelas yoga ni juga,buat diri muhasabah,recheck balik amalan-amalan wajib dan sunat terutamanya solat.

Mesti ada sebab,hikmah disebalik rukuk sujud semasa solat. Kalau masa yoga,beria-ria boleh ikut pergerakan,beria-ria nak hayati laa konon setiap pergerakan. Tetapi masa solat,khusyuk ke? Betul-betul hayati ke makna bacaan dalam solat? hmm,facepalm -_-


-----


"Ada dua jenis manusia. Manusia yang TERBENTUK dengan biah (suasana persekitaran). Dan juga manusia yang MEMBENTUK biah."

Bagi aku,cubalah untuk merasai pengalaman keduanya. Just my personal opinion.

Tak salah kalau sebabkan suasana persekitaran yang baik,kita berusaha menjadi yang lebih baik. Kenapa tidak? Malah rugi.

Tak salah juga,kalau berada di persekitaran yang kurang baik,kita sendiri berusaha untuk membentuk persekitaran yang baik supaya manfaatnya bukan kita seorang dapat. Malahan,mungkin sahabat baik kita sendiri. Mungkin juga tanpa kita sedari,orang-orang sekeliling kita turut merasai manfaat tersebut.


Cumanya di sini,bagaimana kita coop dengan persekitaran yang kurang baik itu jauh lebih penting.
Pilihan hanya dua.
Sama ada kita membentuk persekitaran yang lebih baik atau persekitaran yang kurang baik membentuk/mempengaruhi kita.


-----


Tak kesah yoga atau solat.
Tak kesah Jepun atau Malaysia atau Timur Tengah sekalipun.
Tak kesah di mana kita sekalipun.
Tak kesah sushi atau nasi lemak.

Asalkan redha Allah yang utama.
Asalkan syariat Allah dipelihara.
Asalkan kau tahu apa tujuan manusia dicipta.


Di mana bumi dipijak,di situ langit Islam dijunjung.


Tetapi itu tidak bermakna maksiat dan amal baik boleh dicampur-aduk.
Arak+bismillah=halal
Couple+Islamik=halal

Yang haram itu jelas. Yang halal itu juga jelas.

Sedikit perkongsian dari bumi sakura *ceyt,walhal sakura dah habis. Wallahualam.




2 comments:

Nur Amira Ilyani said...

Ya Allah kuatkan lah hati kami, teguhkan lah tapak kami, peliharalah akhlak kami dan pandulah bicara kami. salam rindu!!!

Unknown said...

salam , nina singgah disini n dah follow :)