bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Thursday, March 21, 2013

Special Tribute

*assalamualaikum*
rasanya ini 1st time dedicate post.eh,yeke? entah laa


Bukan tak menghargai tapi aku sedikit malas untuk dedicate post.
Kepada Husna,Alia atau sesiapa sahaja yang pernah dedicated post untuk aku,minta maaf bebanyak sebab sehingga ke hari ini,aku tak balas lagi,heh




Tak pernah buat special tribute untuk parents sendiri
Okay,this is the main reason.


Aku merasakan sebelum dedicate untuk member2,adik-beradik,sewajarnya aku buat special dedication untuk umi abah dulu.nanges T_T

Walau umi abah mungkin tak baca post ni,tapi ini sekadar kepuasan peribadi untuk diri sendiri *senyum kambing


-----


"Untunglah. Nanti semua dah graduate,besar panjang,kerja besar-besar,dapat senangkan umi abah dia.dapat tolong umi abah dia."


Seringkali dengar benda ni dari mulut makcik-makcik,kawan-kawan umi.
Setiap kali tu jugak,umi hanya akan senyum.

Dulu aku ingat umi malas nak respon atau memang mengiakan.

Sampailah baru-baru ini,tetiba umi cakap,
"Setiapkali dengar orang cakap macam tu,umi senyum je.Bukan mengiakan. Sebab bagi umi,itu memang tanggungjawab umi abah nak besarkan semua anak-anak umi. Sebab semua tu amanah yang Allah beri. Tak pernah terlintas nak hantar wanis,nina pergi oversea,abang sampai universiti sebab mengharapkan balasan,ganjaran duit dari korang semua."


Sebabkan aku cool,aku nanges dalam hati je.sepanjang dalam kereta tu,kelat gak la nak tahan.pfft


-----


Terasa aku pula yang salah niat.

Dari sekolah rendah,aku simpan harapan masuk asrama penuh.
Dari darjah lima lagi aku dah buat survey nak masuk asrama penuh mana walau rakan-rakan sebaya aku sendiri sehingga darjah enam pun tak tahu kewujudan asrama penuh berdekatan rumah aku.

Dan dari umur aku ketika itu jugalah,aku simpan harapan nak masuk sekolah asrama yang jauh dari rumah.
Jauh dari selangor. Jauh dari kuala lumpur. Ya,aku mahu di Terengganu

Sebab aku merasakan semakin jauh,semakin tambah pengalaman.
Semakin jauh,boleh rasa feeling sikit nak balik rumah *naknak bila dengar lagu dendang perantau,hehe
Semakin jauh,boleh balik rumah naik bas ekspress tanpa susahkan umi abah ambil hantar.


Rezeki itu aturan Allah.

Aku tak dapat rasa apa yang dihajati.
Aku dapat sekolah asrama penuh di Gombak.
Selangor.Kuala Lumpur.

Pada awalnya,rasa kecewa sikit.Tapi kini akui,aku bersyukur dapat di Gombak.
Boleh kata setiap minggu umi abah datang melawat. Kalau bukan atas urusan aku,urusan adikku.

Selepas SPM,aku simpan lagi cita-cita nak dapat universiti jauh dari rumah. Kalau masuk kolej persediaan pun,aku mahukan luar Selangor. Paling-paling pun,Negeri Sembilan. Ya,Kolej Mara Seremban.


Sekali lagi. Rezeki itu aturan Allah.

Aku dapat buat persediaan di Universiti Malaya.
Ya,Kuala Lumpur.
Jarak dari rumah hanya sejam *itu pun kalau jalan sesak.
Tak dapat la merasa naik bas ekspress,hoho


-----


Tak bersedia.

Nak diceritakan di sini,bila dapat tahu berjaya further study ke Jepun,baru aku sedar betapa sebenarnya aku tak bersedia pun lagi nak berjauhan dengan family.

Mungkin juga sebab walaupun aku bersekolah asrama,tapi jarak dengan rumah yang hanya sejam menyebabkan tak rasa pun berjauhan tu.


Tak pernah pun rasa bila cuti sekolah pendek,tak balik rumah.
Bila ada barang tertinggal,umi abah akan hantarkan.
Bila sakit,umi abah datang jenguk.
Bila musim exam,umi abah datang bagi nasihat,doa.
Bila weekend takde hal,mesti balik rumah. *even di rumah tiada apa-apa hiburan selain internet yang laju,haha.


-----


Aku rasa bukan aku seorang.

Bila ada masalah atau bila nak pendapat,mesti rasa puas dengar pendapat umi abah sendiri.
Walaupun pendapat tu dah tanya beribu kali kt member-member,tapi sudahnya mesti pendapat umi abah juga yang aku dengar.
Walaupun pendapat umi abah sama dengan pendapat member-member,tapi mesti bila dengar dari umi abah sendiri baru rasa lega.
Walaupun result teruk dah menangis basah lenjun kt member,tapi mesti bila nanges kat umi abah pasal result baru rasa bangkit,hilang sesak di dada.

Sehingga aku pernah ditegur oleh adik sendriri,jangan menangis pasal result dengan umi abah,takut umi abah risau,spoil mood mereka. Walaupun aku pernah cuba,tapi tak pernah berjaya. Mesti umi abah gak tempat mengadu.


-----


Aku jenis tak ingat tarikh.

Tapi umi tak pernah lupa. Dan umi sendiri tahu aku memang tak akan ingat tarikh birthday.
Dan umi,umi la jadi alarm,reminder aku setiap kali birthday adik-beradik aku sendriri.pfft


-----


Sakit.

Ini part paling superb. Dari kecil,sistem imunisasi aku tak cukup baik.
Demam,migrain,asma,gastric,cepat crammed bila sejuk.
Cikgu-cikgu di sekolah juga,ingat aku sebab selalu berada di bilik sakit.

Senang cerita,apa yang adik-adik,abang aku sakit,aku ada gak.
Tapi apa yang adik-adik,abang aku tak sakit,aku sakit gak.

Teringat masa kecil dulu,selalu terbangun malam,kaki crammed sebab sejuk then menangis. Setiap kali tu jugak,umi akan bangun,urutkan kaki.

Sebaik-baik sahabat aku,mesti ada juga yang merungut betapa aku selalu sakit.


Sepanjang aku hidup,umi abah satu-satunya manusia yang tak pernah merungut betapa aku selalu sakit.
Umi abah yang takkan tanya banyak kali kenapa aku tak datang kelas.
Umi abah yang takkan pernah meragui kenapa aku tak datang kelas.


-----


Kenapa aku tidak bersedia?



Sebab kalau nak dibandingkan umur aku sekarang,aku tak cukup berjasa lagi dengan umi abah.
Apalah nak dibandingkan tolong umi masak basuh pinggan,lipat baju,kemas rumah,ajar bebudak mengaji.
Apalah nak dibandingkan tolong abah iron baju kerja,sapu halaman rumah.

Apalah nak dibandingkan semua ni yang kadang buat,kadang leka dengan jasa umi abah ambil hantar asrama,pergi klinik+hospital sebab aku,terjaga tengah-tengah malam sebab aku sakit,duit yang tak ternilai bayar yuran persekolahan.

Kalau aku nak list satu-satu,buat aku semakin malu dengan diri sendiri.


-----


Rindu.

Pasti aku akan rindu gossip politik dengan abah.
Pasti aku akan rindu pergi sesama dengar pengisian,ceramah dengan umi.
Pasti aku akan rindu umi abah jaga aku sakit.
Pasti aku rindu semua yang berkaitan umi abah.


-----


Price to pay.

Yup,sekaip,wassap semua ada.
Tapi takkan sama tenangnya pandang wajah umi abah live depan-depan.

Kalau balik raya,tiap-tiap tahun sekalipun,aku rasa betapa bersalah aku rampas masa-masa lain umi abah nak bersama aku semata-mata kejar cita-cita sendiri nak belajar jauh di tempat orang.

Ya,kali ini Allah bagi betul-betul jauh.
Jauh dari Selangor.
Jauh dari Kuala Lumpur.

Allah nak bagi kau chance rasa once in a lifetime.
Allah nak uji sama ada kau hamba bersyukur atau tidak.

Janganlah kau jadi hamba yang tak bersyukur,Iman.
Dah dapat,kau lupa.

Sejujurnya,sewaktu dapat tawaran membuat persediaan untuk ke luar negara,aku rasa yakin malah bersedia berjauhan dengan umi abah.
Sebab aku tahu,bawah aku ada adik perempuan yang lebih kurang sebaya dengan aku boleh tengokkan umi abah.
Sehinggalah adikku tersebut melanjutkan pelajaran ke luar negara juga. Malah mendahului aku.
Sungguh rasa berat.

Hanya doa buat umi abah dari jauh.


-----





Last but not least,

Terima Kasih Umi Abah.
Minta maaf bebanyak atas salah silap.






"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil."







6 comments:

Nur Amira Ilyani said...

iman i love youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! ahaks~

random said...

hahahaha! imannnn. get ready! ready untuk rasa homesick yang amat sangat gila gila yang boleh nangis ats sebab sekecil kecil perkara. rasa jatuh bangun diri sendiri lagi lagi bila jauh dr parents. it hurts but it works to make the better 'you' insyaAllah. sumpa xmotivated eh ayt aku. =P
-there are far,far better things ahead than any we leave behind-
take care imannnnn!

Alia Amirah said...

pehhhh perasaan sambung belajar oversea tu tak semua dapat woi haha. sakit perit jauh drpd family gonna make the bond stronger insyaAllah. papa aku slalu pesan kita ni dh lah student, jauh merantau insyaAllah doa kita dimakbulkan so jgn lupa doakan parents. jadi anak yg solehah itu je yg dorang nak, aset kat akhirat insyaAllah.

jaga diri iman !

D-SIM said...

kasih sayang dari ibu bapa mana pernah putus. Syukurlah jika kita sedar dan tahu menghargainya.

FawWaZ said...

Assalamu'alaikum...

gatal2 bukak blog org mlm ni...gomen yo...
papo un...same case goes here (part kne anta sbp dkat2 bgai tu la yg main nye...)bru prasan lpas bce entri ni...xsedar n x pnah prasan lgsg...

jazakillah khair...peringatan yg sgt bek ntuk spe2 yg rse xnk blek lgsg ke hape...

nway...bihon de ganbatte kudasai..donna tsurakutemo akimeruna!!bittaufiq wannajah...

ridhALLAH fii ridha al-walidain...

wallahua'lam...

FawWaZ said...

Assalamu'alaikum...

gatal2 bukak blog org mlm ni...gomen yo...
papo un...same case goes here (part kne anta sbp dkat2 bgai tu la yg main nye...)bru prasan lpas bce entri ni...xsedar n x pnah prasan lgsg...

jazakillah khair...peringatan yg sgt bek ntuk spe2 yg rse xnk blek lgsg ke hape...

nway...nihon de ganbatte kudasai..donna tsurakutemo akimeruna!!bittaufiq wannajah...

ridhALLAH fii ridha al-walidain...

*ade typo dlm komen sblom ni...klu prasan,tlg la delete ye...sogan..

wallahua'lam...