bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Saturday, March 16, 2013

Iktibar Sejarah

*Assalamualaikum* 
sila baca dengan mata hati bukan mata kasar semata-mata
 #savepalestine #savesyria #demamPRU13  




Sejarah pasti berulang.sedikit pengajaran boleh diambil dari kisah Jalut dan Talut. Kisah Jalut dan Talut disebutkan dalam al-Quran,surah al-Baqarah.

Setelah beberapa lama sepeninggalan Nabi Ilyasak,manusia telah berbalik semula kepada berbuat macam-macam dan meninggalkan agama mereka. Pada masa itulah muncul satu kaum yang menjadi musuh kaum Bani Israel yang juga menjajah dan menindas mereka. Kaum tersebut bernama Balthatha diketuai oleh raja Jalut.


Kalau search pasal kisah Jalut dan Talut dengan lebih terperinci,kita akan dapat tahu bagaimana Talut menjadi raja kepada Bani Israel yang pada ketika itu ditindas oleh tentera Jalut.



-----



Kalau nak tahu lebih terperinci kisah Talut sebelum menjadi raja,boleh search sendiri.

Untuk entry kali ni,aku nak share ibrah dari kisah peperangan antara kaum yang dipimpin oleh raja Jalut dengan kaum yang dipimpin oleh raja Talut (Bani Israil).


Bani Israil yang terdiri daripada 70ribu askar diketuai oleh Talut sendiri bergegas hendak berperang melawan musuh. Mereka melalui padang yang panas terik dan tidak berair.

Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh dalam keadaan kehausan dan kekurangan air. Lalu,mereka merayu agar raja mereka (Talut) memohon air kepada Allah.




Maka tatkala Talut keluar membawa kaumnya,ia berkata "Bahawasanya Allah menguji kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum airnya maka ia bukanlah daripada kalanganku, dan sesiapa yang tidak meminumnya kecuali menceduk seceduk tangan maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang antara mereka. Maka tatkala Talut dan orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, orang yang telah minum berkata: "Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Talut dan tenteranya." Orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah,ayat 149)



Apabila amaran ini telah diberikan kepada askarnya, bertemulah mereka dengan sebatang sungai - iaitu Sungai Palestin. Amaran ini telah menjadi ujian adakah mereka sebagai tentera mempunyai tatatertib, patuh kepada arahan pimpinan atau tidak.

"Maka mereka pun meminum air sungai itu kecuali sedikit sahaja daripada mereka yang tidak minum atau minum secedok sahaja."

Diriwayatkan bilangan tentera Bani Israil yang melanggar arahan dengan meminum air sungai itu sangat ramai. Antara 70ribu itu,hanya tinggal sekitar 300 orang sahaja yang taat perintah ketua iaitu mereka yang beriman patuh kepada ketua.

Sementara yang banyak minum semakin lemah dan kecut hati sehingga tidak berani untuk berperang apatah lagi melihat kekuatan tentera Jalut yang jauh lebih ramai.

Dalam kalangan tentera Talut yang sedikit itu,Jalut mencabar,
"Siapa yang hendak berlawan dengan aku?"

Melihat kekuatan tentera musuh,tiada siapa yang berani menyahut cabaran tersebut.
Setelah 3kali menyeru,barulah muncul seorang remaja yang menyahut cabarannya bernama Daud.Beliaulah Nabi Daud a.s.

Pada mulanya,Daud tidak diizinkan oleh ayahnya ke medan perang tetapi disebabkan keinginannya,ayahnya akhirnya membenarkan juga.Sebelum ke medan perang,ayahnya berpesan kepada Daud yang mempunyai adik-beradik seramai 11orang agar tidak berada di barisan hadapan tentera. Ayahnya berpesan supaya membiarkan abang-abangnya berada di hadapan.

Disebabkan keberanian Daud,dia hingga terlupa pesanan ayahnya. Raja Talut juga pada ketika itu meragui keberanian Daud.

Lalu, Daud berkata kepada Talut:
"Kita kalau hendak menang,bukan engkau yang beri kemenangan tetapi Allah."

Barulah Talut berasa lega dan bertanya,
"Apakah yang kamu ada sebagai senjata?"

Daud menjawab,
"Aku punya batu(lastik),tali dan besi."


Raja Jalut hanya gelak dan mengetawakan Daud.




Ketika Jalut ketawa mengejek dan memperlekehkan,Daud melastik batu ke arah Jalut dan tepat mengena pada mata Jalut. Dalam keadaan Jalut yang kesakitan terhuyung-hayang,Daud menarik kaki Jalut menggunakan tali lalu Jalut jatuh. Kemudian,Daud segera ambil besi dan mengelar leher Jalut. Mati Jalut.


-----


fuhhh,panjang beno.

Iktibar dari kisah Jalut,Talut dan Daud...


Kebergantungan sepenuhnya pada Allah
Allah nak uji askar Talut supaya jangan bergantung pada air untuk menang. Mereka menyangka bila minum banyak air pada keadaan yang terik ketika itu,mampu memberikan mereka tenaga apabila berperang.
*jangan bergantung kepada isu untuk menang sekalipun isu-isu tersebut memihak kepada jentera Islam


Tidak perlu ikut rentak musuh untuk menang
Jalut mempunyai askar yang ramai. Tentera-tentera Jalut juga berbadan besar berbanding tentera-tentera Talut. Jalut mempunyai baju besi,pedang. Diriwayatkan juga Jalut berbadan besar,gagah perkasa. Daud pula hanyalah seorang remaja bertubuh kecil yang bersenjatakan batu,tali dan besi. Jika dengan izin Allah nak beri kemenangan,walau dari segi adatnya musuh jauh lebih hebat,tidak perlu menjadi sehebat musuh.
*lawan bendera siapa paling banyak,fitnah memfitnah,pendedahan,pembongkaran.buka aib.ini semua poyo~~


Patuh dan taat pada pimpinan
Allah menguji kaum Bani Israil adakah mereka patuh dan taat pada arahan pimpinan. Sungguh,perlukan kesabaran,keyakinan untuk berlapang dada dengan keputusan pimpinan.
*walau dalam keadaan apa sekalipun,harus patuh pada arahan pimpinan,keputusan syura.keputusan jemaah jauh lebih baik berbanding keputusan individu




Jika Allah nak beri pertolongan, Allah tidak pandang kekuatan musuh tetapi Allah lihat kekuatan tentera,umat Islam sendiri 


*kekuatan musuh (monopoli media,media barat,hak bersuara,kuasa,senjata,duit)
*kekuatan tentera Islam (tahajud,kebergantungan pada Allah,doa,keyakinan pada pimpinan jemaah)



-----



Last but not least.

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ


laa ilaha illallah subhana zhil jabbari walqudrah



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."  (surah Muhammad,ayat 7)











2 comments:

Iffah Syuqaira said...

Very nice post,Iman. Keep it up! :D Tp aku xleh elak la dr sengih2 fikir pru. Lulz

AbdullahUmar said...

aku suka share blog nih.
cursingmalay.blogspot.com
kalau kau da tau psl blog tu, abaikn komen aku ni. haha
btw, blog kau style.