bismillah

Jika Allah nak berikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun..

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkn diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa2, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

Jika Allah mengaturkn untuk kita apa yang orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tidak sangka..

TETAPI Allah boleh mewujudkan keajaibain kepada hamba2 yg Dia kehendaki :)







Saturday, March 16, 2013

Iktibar Sejarah

*Assalamualaikum* 
sila baca dengan mata hati bukan mata kasar semata-mata
 #savepalestine #savesyria #demamPRU13  




Sejarah pasti berulang.sedikit pengajaran boleh diambil dari kisah Jalut dan Talut. Kisah Jalut dan Talut disebutkan dalam al-Quran,surah al-Baqarah.

Setelah beberapa lama sepeninggalan Nabi Ilyasak,manusia telah berbalik semula kepada berbuat macam-macam dan meninggalkan agama mereka. Pada masa itulah muncul satu kaum yang menjadi musuh kaum Bani Israel yang juga menjajah dan menindas mereka. Kaum tersebut bernama Balthatha diketuai oleh raja Jalut.


Kalau search pasal kisah Jalut dan Talut dengan lebih terperinci,kita akan dapat tahu bagaimana Talut menjadi raja kepada Bani Israel yang pada ketika itu ditindas oleh tentera Jalut.



-----



Kalau nak tahu lebih terperinci kisah Talut sebelum menjadi raja,boleh search sendiri.

Untuk entry kali ni,aku nak share ibrah dari kisah peperangan antara kaum yang dipimpin oleh raja Jalut dengan kaum yang dipimpin oleh raja Talut (Bani Israil).


Bani Israil yang terdiri daripada 70ribu askar diketuai oleh Talut sendiri bergegas hendak berperang melawan musuh. Mereka melalui padang yang panas terik dan tidak berair.

Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh dalam keadaan kehausan dan kekurangan air. Lalu,mereka merayu agar raja mereka (Talut) memohon air kepada Allah.




Maka tatkala Talut keluar membawa kaumnya,ia berkata "Bahawasanya Allah menguji kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum airnya maka ia bukanlah daripada kalanganku, dan sesiapa yang tidak meminumnya kecuali menceduk seceduk tangan maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang antara mereka. Maka tatkala Talut dan orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, orang yang telah minum berkata: "Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Talut dan tenteranya." Orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah,ayat 149)



Apabila amaran ini telah diberikan kepada askarnya, bertemulah mereka dengan sebatang sungai - iaitu Sungai Palestin. Amaran ini telah menjadi ujian adakah mereka sebagai tentera mempunyai tatatertib, patuh kepada arahan pimpinan atau tidak.

"Maka mereka pun meminum air sungai itu kecuali sedikit sahaja daripada mereka yang tidak minum atau minum secedok sahaja."

Diriwayatkan bilangan tentera Bani Israil yang melanggar arahan dengan meminum air sungai itu sangat ramai. Antara 70ribu itu,hanya tinggal sekitar 300 orang sahaja yang taat perintah ketua iaitu mereka yang beriman patuh kepada ketua.

Sementara yang banyak minum semakin lemah dan kecut hati sehingga tidak berani untuk berperang apatah lagi melihat kekuatan tentera Jalut yang jauh lebih ramai.

Dalam kalangan tentera Talut yang sedikit itu,Jalut mencabar,
"Siapa yang hendak berlawan dengan aku?"

Melihat kekuatan tentera musuh,tiada siapa yang berani menyahut cabaran tersebut.
Setelah 3kali menyeru,barulah muncul seorang remaja yang menyahut cabarannya bernama Daud.Beliaulah Nabi Daud a.s.

Pada mulanya,Daud tidak diizinkan oleh ayahnya ke medan perang tetapi disebabkan keinginannya,ayahnya akhirnya membenarkan juga.Sebelum ke medan perang,ayahnya berpesan kepada Daud yang mempunyai adik-beradik seramai 11orang agar tidak berada di barisan hadapan tentera. Ayahnya berpesan supaya membiarkan abang-abangnya berada di hadapan.

Disebabkan keberanian Daud,dia hingga terlupa pesanan ayahnya. Raja Talut juga pada ketika itu meragui keberanian Daud.

Lalu, Daud berkata kepada Talut:
"Kita kalau hendak menang,bukan engkau yang beri kemenangan tetapi Allah."

Barulah Talut berasa lega dan bertanya,
"Apakah yang kamu ada sebagai senjata?"

Daud menjawab,
"Aku punya batu(lastik),tali dan besi."


Raja Jalut hanya gelak dan mengetawakan Daud.




Ketika Jalut ketawa mengejek dan memperlekehkan,Daud melastik batu ke arah Jalut dan tepat mengena pada mata Jalut. Dalam keadaan Jalut yang kesakitan terhuyung-hayang,Daud menarik kaki Jalut menggunakan tali lalu Jalut jatuh. Kemudian,Daud segera ambil besi dan mengelar leher Jalut. Mati Jalut.


-----


fuhhh,panjang beno.

Iktibar dari kisah Jalut,Talut dan Daud...


Kebergantungan sepenuhnya pada Allah
Allah nak uji askar Talut supaya jangan bergantung pada air untuk menang. Mereka menyangka bila minum banyak air pada keadaan yang terik ketika itu,mampu memberikan mereka tenaga apabila berperang.
*jangan bergantung kepada isu untuk menang sekalipun isu-isu tersebut memihak kepada jentera Islam


Tidak perlu ikut rentak musuh untuk menang
Jalut mempunyai askar yang ramai. Tentera-tentera Jalut juga berbadan besar berbanding tentera-tentera Talut. Jalut mempunyai baju besi,pedang. Diriwayatkan juga Jalut berbadan besar,gagah perkasa. Daud pula hanyalah seorang remaja bertubuh kecil yang bersenjatakan batu,tali dan besi. Jika dengan izin Allah nak beri kemenangan,walau dari segi adatnya musuh jauh lebih hebat,tidak perlu menjadi sehebat musuh.
*lawan bendera siapa paling banyak,fitnah memfitnah,pendedahan,pembongkaran.buka aib.ini semua poyo~~


Patuh dan taat pada pimpinan
Allah menguji kaum Bani Israil adakah mereka patuh dan taat pada arahan pimpinan. Sungguh,perlukan kesabaran,keyakinan untuk berlapang dada dengan keputusan pimpinan.
*walau dalam keadaan apa sekalipun,harus patuh pada arahan pimpinan,keputusan syura.keputusan jemaah jauh lebih baik berbanding keputusan individu




Jika Allah nak beri pertolongan, Allah tidak pandang kekuatan musuh tetapi Allah lihat kekuatan tentera,umat Islam sendiri 


*kekuatan musuh (monopoli media,media barat,hak bersuara,kuasa,senjata,duit)
*kekuatan tentera Islam (tahajud,kebergantungan pada Allah,doa,keyakinan pada pimpinan jemaah)



-----



Last but not least.

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ


laa ilaha illallah subhana zhil jabbari walqudrah



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."  (surah Muhammad,ayat 7)











Sunday, February 10, 2013

random.assumption

*assalamualaikum*
again.post terbengkalai dalam draft.kuikui

me : apa buah yg bila dah masak,dia gugur ea? selain durian laa...
umi : kuini,buah bacang,kelapa
me : hmmm...
umi : macam rambutan bila dah masak jadi merah.tapi durian yg dah masak dgn yg belum,sama je warna,so bila gugur,kita tahu la dah bole mkn.durian yg belum masak,takde sape nk mkn.kalau kelapa lak bila dia gugur,dah masak tapi tu tandanya kelapa tua.tapi kelapa muda,kelapa tua dua2 bole guna.so nak bezakn kelapa tua,kelapa muda dgn warna dia...hebat kuasa Allah kan? dari sekecik-kecik benda smpi sebesar-besar ciptaan
me : .......(tak penah/malas nk fikir small things ni)......

that's just intro.almaklumlah musim buah skang ni.dari durian smpi ke durian crepe bagai.belum lagi langsat,,dukong,buah pulasan sume.jalan2 pusing bkt badong nmpak bersepah-sepah rambutan merah2.org tak petik pun.mungkin cliche,tapi kt palestin takdo punggg.typical homosapien,bila ado membazir,tak pandang pungg.tu belum lagi yg "eh,i tak mkn la local fruit ni.getah,masam...eewww" amboi,dok oversea gamba dia dulu kt bwh pokok anggur,stroberi.etc with caption 'plucking big strawberi' 

enough with that silly merepek.just take the ibrah behind the story,yg busuk tinggalkan.


---


the main topic is about assumption
setelah assumption versi irbid cik alia,
now entry assumption versi fuji-san pulok.aiseyhh


random picture.anak cina ke anak jepun?
assume = hypothesis ke? #ehh

alhamdulillah
dah abes,segala penat lelah final exam+placement u exam 
just pray the best for the result even tgk outline average result,only Allah knows how that shocking feelings
*hahaha.punya lama terbengkalai dalam draft post ni.aku dah dapat result pun,alhamdulillah

almost 2years kt aaj,bila musim exam ak jadi penunggu setia library um.even library-kolej kediaman ungku aziz jauhnya like.....pfft.bukan kt situ takde distraction,tapi ntah.selesa.plus,bila kt library time solat pergi surau,there u meet lots of people.macam2 jenis org jmp.

aritu jumpa sorg akak ni,she asked about solat.pasal gerakkan jari time tahiyyat.i just shared setakat mana yg tau.asked her phone number,so that bila ada apa yg kurang/salah dari explanation aku tu,boleh contact dia balik.borak punya borak,tanya la akak tu course apa sume.i guest akak tu tak tahu pun i'm still asasi student.the way she bahasakn diri saya-awak until i asked her that question.rupa-rupanya akak tu student master =,= how humble she was.malu tahu malu?!
mmg la dah for sure dorg yg pergi library tu mostly older than me,tapi the way she asking me question,how eager she was,to know something from me,tak sangka lak now dia struggling for master.
sangat2 la rasa 'oh,kerdilnya ak...'

study ni senanye kt mana2 pun hatta atas katil while baring bersilat pun,kalau kau nak,mahu bole je fokus.hewhewww.tapi i'm not that type.haiseyhhh.hope kt yamanashi nnt (ceyh,gaya confirm dpt situ T_T insyaAllah) ada laa place mcm library um.rindu dahhh.hehe

based on my observation,dekat library um sangat ramai foreigner,international students.serious rasa mcm kau yg international student who is studying in middle east.wa cakap sama lu,sangat ramaaaiiiiii org arabbbb! bila kau tengok org tu muka putih2,kening tebal,mata tajam...tak kira la dia dari lubnan ke,maghribi ke,pakistan ke,sume kau label dorg tu arab,haha

bila lunch time,ktorg selalu lepak kt 1st floor library tu.kt situ ade vendingmachine bole buat coffee,nescafe ke.nak turun situ perlukan kekuatan,haha.mesti berteman! situ macam dah 'dikhaskan' utk international students especially arab.cuak kot kalau turun sorg2.arab ni bukan kira apa,sukahati dorg la nk watpepun.bole lak dia pasang lagu kuat2,gelak kuat2 with laki pmpuan.dorg peduli ape ni negara org ke.mcm kau yg foreigner jadinyaa....

mmg ada antara dorg yg non-muslim pun,tapi mostly muslim.dulu aku ingat dorg mostly non-muslim.sampai laa ada sorg arab ni reti ckp melayu sket2,tegur my appearance.he compared me with some other arab girls who at that moment were laughing and lepaking with other guys.those girls wear tudung too but with their own style.he said somehow he respects malaysian more than themselves,arab peoples.mostly arab kt sini pakai tudung tapi mesti terkeluar sikit jambul.tapi bila solat,they wear tudung properly and nicely without nampak pun rambut.then,after solat adjust again tudung tu biar nampak sikit jambul =,= " pfft

bukan semua mcm tu but majority.ada je antara dorg yg baik2,cover aurah properly.i am not living in egypt or jordan,so taktau sgt mcm mana.but based on observation,hypothesis yg dapat aku concludekan,we must not judging people just based on their appearance,races,religion,etc.yup,mungkin boleh jadi salah satu point utk kita judge orang,tapi bukan hanya sekadar point itu sahaja ^^ contoh,kalau org tu takde janggut je,kita terus rasa dia tak cukup takwa.perghhhh.

teringat kata2 ustazah kuzainab,ustazah bahasa arab time PMR dulu.teguran beliau semasa usrah mingguan hari jumaat.actually,we just had finished organising teacher's day celebration.dan tema sambutan guru tahun tu yg dlianjurkan oleh batch ktorg,tema arab style.aku tak berapa ingat,kenapa ustazah tegur majlis tu senanye.about performance? style baju ke? hmm,tak sure.serious tak ingat.tapi satu je yg sampai sekarang aku ingat....

" kamu jangan anggap,semua arab bawa imej islam.jangan ingat bila kaitkan dengan arab jadi islamik semua."

ermm,dulu aku tak berapa setuju dengan pandangan ustazah tu.yelahh,dulu usrah pun ponteng2.bila time usrah jumaat tu,tak anggap pun usrah tu makanan rohani,recharge iman balik tapi lebih kepada 'brain wash about rules session'.pffttt


---


aku juga nak kaitkan assumption ni dengan keiginan,niat kita ke majlis ilmu.
" setiap kali kita ke majlis ilmu,letakkan diri kita serendah-rendah tahap seperti kita tidak mengetahui sesuatu perkara tersebut." - ustaz zamri mantop,winter gathering ipij 2012

terbaca status ni dari seorang senpai.serius mungkin bukan mudah tapi tak mustahil. tak salah utk kita memberi pandangan atau share ilmu yg dah kita tahu tapi janganlah kita pilih kasih dengan ilmu.yang mana kita dah tahu,time tu la kita tidur,tak menunjukkan minat.

dah namanya pun majlis ilmu,tazkirah,peringatan even kelas,kuliah pun.apa definisi sebenar peringatan? mengingatkan kembali,bukan? makanya,sudah tentu ilmu tu juga benda yg kita patut tahu atau kita sudah tahu ^^

dan tak salah juga kita berpegang pada pandangan/prinsip sesetengah ulama atau ustaz sahaja tapi janganlah kita terlampau pilih kasih sehingga tak mahu ambil kebaikan dari kata-kata ulama yg lain.wallahualam


"Unzhur maa qaala wa laa tanzhur man qaala.."
lihatlah apa yang dikatakan, jangan melihat siapa yang bicara
[Ali bin Abi Talib]








Saturday, February 9, 2013

The Crazy Spots I've Prayed

* assalamualaikum *
lets clean 'blog bersawang' with beneficial entry :)



i bet mesti dah ada yg terjumpa those kinda picta kt fb. those pictures were illustrated by azisa noor. bila usha2,baru tau rupanya she was inspired by this song. lagi rasa nk tampar diri sendiri.kenapa? sebab lagu ni ada je dlm mp3 sony biru aku  -__- dah berkurun lagu ni ada since wujudnya mp3 tu. time form3,if i'm not mistaken.punya la dok ulang2 lagu-lagu dlm mp3 tuh,sampai dah muak,bosan *sigh

ceyt,muak,bosan la konon.tapi kau sendiri tak pernah try menghayati what's the real meaning.bukan sahaja tak sedar,malah tak mencuba pun.pity me..terima kasih sesangat kt hamba Allah,azisa noor tuh ^^

mungkin kt Malaysia,paling2 survival pun setakat solat without telekung or proper sejadah.yes,sudah menjadi norma di Malaysia,like if takde telekung mcm tak sah pula solat kita. tahukah kita walaupun sudah bertelekung,tidak semestinya solat kita sah/diterima/terlepas beban,tanggungjawab kita? what if telekung kita jarang sehingga menampakkan warna kulit? *eh,camne bole masuk topik nih,ahah


*p/s : sekiranya terdapat kesalahan pada info di bawah,sila roger ye. ak juga masih bertatih belajar
apa beza aurat ketika solat dengan aurat ketika berhadapan lelaki ajnabi? 
aurat ketika solat,tak kesah pun if kita berseluar jeans sendat or baju yg little bit ketat tetapi mestilah TIDAK JARANG sehingga menampakkan warna kulit.ouh,ye! ni ketika DI SURAU ye tapi if kita solat di tempat awam or tempat org lalu lalang,seeloknya berpakaianlah seperti kita di hadapan lelaki ajnabi. makanya,walau di mana kita berada,sediakan diri kita utk siap sedia boleh terus solat without telekung ^^

tidak pernah wujud konsep if kita dah bertudung labuh,baru boleh solat without telekung. jangan tutup mind kita,dengan labuhnya telekung. telekung itu dilabuhkan supaya tak menampakkan bahagian lengan yg akan terselak.kalau kita pakai stongan or pakai sweater yg bahagian pergelangan tangan dah ketat/bercekak,so that tak terselak,OK je! hehe

ni link utk those pictures the crazy spot i've prayed 






Dawud wharnsby - The Crazy Spots I've Prayed



All the earth is a place of prostration, 
Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation. 

Every roadside, seaside, hillside, walkway, 
Any place clean and green can be a place to pray
When I think of every path, where I've ever trot, 
I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God. 
Remember that long car ride? 
Driving all night so far, 
Under the summer moon we pulled off to the side, 
Reclining in the front seat of the car. 
.
.
.
.
.
.
Every roadside, seaside, hillside, walkway, 
Any place clean and green can be a place to pray
When I think of every path, where I've ever trot, 
I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.




* suasana ni merupakan salah satu cabaran di bumi sakura nnt.tanoshimini shiteimasu,hehe.moga dipermudahkanNya 


" Ya Allah yg membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan terhadapMu."